Wednesday, June 2, 2010

Pasang Surut [episod 3]

Telefon bimbit aku berbunyi dari bawah bantal menandakan ada sms masuk, dari Im;

"aku tunggu ko di C.U.D.Cafe dekat foyer library."

aku bingkas balas;

"bagi aku 30 minit, aku baru lepas mandi"

Aku cepat-cepat siap supaya dapat sampai pukul 8.30 di depan kafe. Setelah selesai bersiap-siaga aku pun melangkah keluar dari bilik. Setelah memulakan suku perjalanan meninggalkan kolej, aku terlupa untuk ambil tali leher dalam laci. Jam di tangan sudah 8.15, aku berfikir-fikir sama ada mahu berpatah semula atau teruskan perjalanan.Kalau aku teruskan perjalanan, aku akan masuk kelas tanpa tali leher mesti kena sound punyer nanti. Lalu, aku putuskan untuk sms Im;

"Im, sorry lah tak dapat nak jumpa ko. Aku nak kena patah balik kolej amik tie aku terlupa."

Setelah menyusun langkah untuk kembali ke kolej sambil mulut berkumat-kamit membebel pada diri sendiri, handphone mula berdering. aku seluk poket kiri tengok siapa yang telefon pagi-pagi begini, Im;

"hello"

"weih, ko pakai baju warna aper?"

"biru berbelang"

"aku ader tie warna putih"

"matching tak?"

"perfect. Aku on the way sekarang lage 10 minit aku sampai."

"ok."

Talian telefon dimatikan.

Wah! Tepat-tepat pukul 8.30 minit pagi sampai bisik hati aku. Kaki melangkah ke perut kafe, mata mencari Im.

Itu dia di sudut dekat cermin.

"weih, sorry lambat."

"ok jer. Jom makan aku lapar."

Aku ambil sandwich bersama mocha manakala Im ambil kek chiffon dengan teh tarik.

Aku dan Im menikmati menu sarapan pagi dengan tenang tanpa bersulaman dengan perbualan.

"kenyang giler." Im mula bersuara.

"ko buat per semalam?"sambil mata aku melihat ke dataran di sebelah library.

"aku pergi swim."

"cehh, tak ajak pun."

"ko kan ada kecemasan semalam."sambil senyum jahat kepada aku.

"yer kerr..?"

"sengal ler ko!"

"ko ada kelas tak pagi ini?"

"pukul 11.00 nanti."

"abis tu yang ko datang awal-awal ni buat ape?"

"pelajar contoh ok" balas Im sambil capai sesuatu dari dalam beg dia.

"thank you. Pinjam tie ko kejap ehh..,nanti lepas kuliah aku pulangkan."

"ala, ko nie nanti bila ko rasa nak pulang ko bagi ler balik."

"betul?" Aku menduga Im.

"tak betul...nanti lepas kuliah ko pulangkan."

Jam di tangan sudah menujuk ke arah 8.45 pagi. 

"weih, ko ingat lagi tak Qurati'Aini?"


bersambung...

5 comments:

aZizoL said...

kenape bersambung lagi??? adekah ande sembelit semase tulis episod nie??

tengku_fir21 said...

to:azizol
haha..klu tak sambung mcm panjang jerr..
bkn sembelit tapi sengugut..oppss..hakhak3

en_me said...

suspennyerr.. uhuhu

rAy jR...@...Aliff said...

aiii...bgiat dlm cerpen la plakk....kakakakaa...

bgui2...hak3

hans said...

hahaha
macam aku suka buat citer besambung
haha

p/s : Episod 32 Siri ADKDA Sudah Boleh Dilayari Sekarang http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-dia-kau-dan-aku-episod-32.html