Friday, October 1, 2010

3 Hari Sebelum 1 Syawal

Aloha...
Salam Muhibah kepada kita semua,

Sudah menikmati hidangan pagi anda? Aku sudah makan  2 biji spring roll tadi. Sangat sedap walaupun tidak sesedap buatan mak. Di pagi ini juga, aku telah selesai membaca blog kawan-kawan yang telah dikemaskini beberapa jam lepas antaranya nuke, ka ,ajid dan ramai lagi.
Memandangkan ramai bloggers yang telah posting tentang pengalaman berhari raya bersama keluarga dan teman semua terutama sekali ian yang tulis entry dari raya pertama hingga raya kelima (kalau aku tidak salah), kali ini tibalah giliran aku pula untuk berkongsi 2 peristiwa yang paling dekat dihati aku untuk raya kali ini.

3 hari sebelum 1 syawal
3 hari sebelum semua umat islam diseluruh negara menyambut aidilfitri, aku telah keluar ke pusat bandar untuk melihat suasana membeli-belah di saat akhir. Dan tempat yang aku tuju ialah bazar aidilfitri di suatu tempat terbuka yang mana penjual hanya berbumbungkan kanvas atau payung besar. Dalam ribuan orang yang berada disitu, aku tertarik untuk melihat gelagat sebuah keluarga asas yang cukup terserlah sifat "polos" mereka. Keluarga itu tersediri dari seorang ibu dan 3 orang anak. Usia ibu mereka yang menghampiri separuh abad yang setia ditemani anak remaja lelaki yang belasan tahun serta 2 orang anak yang masih bersekolah rendah.* Mereka berjalan mencari gerai yang menjual sepasang baju melayu dan sepasang baju kurung untuk mereka berempat dengan harga yang begitu minima. Mereka menghentikan langkah kaki mereka apabila si abang terlihat sepasang baju melayu yang berharga RM 50.00 dia pun "gagahkan' dirinya untuk memilih walaupun pilihan warna amatlah terhad. Si abang mencapai baju melayu yang berwarna biru laut, si ibu pula tersenyum gembira. Lalu baju itu dibeli. Kini giliran si adik untuk membeli baju, mereka beruntung apabila gerai sebelah anda menawarkan sepasang baju kurung dan baju melayu dengan harga yang menarik iaitu RM 60.00 sehelai, 2 beradik itu memilih warna yang mereka suka sambil dibantu oleh si ibu dan si abang. Jual beli di muktamadkan dan si abang mengeluarkan RM 120.00 untuk membayar harga baju terbabit. Kini tinggal si ibu sahaja yang belum membeli baju raya. Si abang dan adik-adiknya "membontot" si ibu. Si ibu berhenti di sebuah gerai, dipilihnya sepasang baju kurung berwarna hijau pucuk pisang dan si ibu memilih sehelai tudung dari rona warna yang seakan-akan bajunya. Si penjual memasukkan ke dalam beg plastik dan jumlahnya RM 90.50, si anak segera mengeluarkan dompet untuk membayar tetapi air mukanya berubah secara tiba-tiba. Memandangkan si ibu telah memegang beg plastik si anak mengeluarkan 2 keping not RM 50.00 untuk membayar. Tanpa mereka sedari, waktu berbuka sudah semakin dekat, jam di tangan aku sudah menganjak ke 7.10 minit itu bermakna tinggal lagi 8 minit untuk berbuka puasa. Aku kembali mencari bayang mereka sekeluarga ternyata mereka sudah duduk menunggu di perhentian bus di seberang jalan. Si abang membeli 2 air oren dan 4 biji kuih karipap sebagai bekalan untku berbuka nanti.


nota penting: aku tidak pernah rasa sesusah begitu dalam hidup.

*umur merujuk kepada perkiraan aku.

3 comments:

merahitujambu said...

pengalaman oh pengalaman

oshinz said...

kesusahan kadang2 buat kita insaf. buat kita menghargai setiap minit kehidupan kita di dunia. kan?

NUke_Rude said...

eh. aku baru pasan..






Biru!!