Tuesday, December 28, 2010

Anugerah & Harapan

Salam Sejahtera..,

Hari ini sudah 28 Disember 2010 (Selasa), ini bermakna hanya berbaki 3 hari sahaja lagi untuk tahun 2010 melabuhkan tirainya.

Sudah pasti ada diantara kita sudah memikirkan apakah azam yang "cocok" untuk tahun 2011.

Bagi aku, sepanjang tahun 2010 boleh disimpulkan tahun yang bersifat "biasa-biasa". Tiada perkara yang besar terjadi kepada aku. Kitaran hidup pada tahun ini lebih kurang sama dengan tahun 2009.

Tapi, aku tetap rasakan beberapa "hadiah" yang  Tuhan kirimkan untuk aku. Aku sangat senang dengan hadiah tersebut. antara hadiah yang baru diterima ialah ; 

Aku dapat bertemu semula dengan Hidayat Zahir, aku pernah kongsi tentang relationship kami berdua dalam entry Ikhlas. Aku dijemput ke majlis resepsi dikediaman keluarganya di Kampung Tradisi.

bersama Hidayat Zahir dan isteri ,Nurul tidak lupa Cik Puan Nurul.
(sila abaikan tangan saya)

"Kiriman" kedua dari Tuhan yang buat aku gembira ialah tahun ini aku dapat luangkan masa dengan anak-anak yatim, ia merupakan sesuatu yang begitu bernilai untuk tahun ini.

Tahun ini walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, syukur kepada Tuhan dengan kekuatan dan segala nikmat kurniaan dari Nya aku dapat hadapi segalanya dengan tenang.

Bila berakhir 2010 ini, maka tamatlah dekad pertama abad ke-21.Aku tidak ada azam baru tapi akan memperbaharui azam yang lepas kerana terdapat beberapa perkara yang tidak terlaksana dan tergantung separuh jalan. Jadi aku pilih tahun 2011 untuk selesaikan semua perkara yang tidak selesai. Jadi pada tahun hadapan hidup aku akan hanya berkisar pada "harapan". 

Fokus, misi, dan visi hidup 2011 nanti adalah tentang harapan aku kepada diri aku dan apa yang aku boleh kongsikan dengan orang lain itu saja. Aku tidak minta 'benda-benda' yang besar kerana aku sudah rasai semua itu.

Kepada mereka yang menpunyai azam baharu, aku ucapkan selamat berjaya. Ini kerana setiap azam memerlukan kesungguhan, komitmen, malah kadangkala pengorbanan.

Semoga kita bertemu dengan sesuatu yang positif untuk dijayakan dalam tahun 2011. Apa sekalipun, kita wajib menjadi 'manusia yang lebih baik dari semalam'.

" Hidup ini adalah anugerah kepada semua makhluk tapi harapan hanya untuk mereka yang hidup"
-tengku fir-

12 comments:

zixol said...

taun depan kene usaha lagik!!!!

Mrs Nurul said...

hye 2011 !! goodbye 2010, makin meningkat umur kita..uhuhu..perangai masih tak ubah..camne laa..

DanieL AdiE said...

yeah..betol tu..hidup ni indah walaupon kdg2 kite tidak menyedarinye...

Cap Api said...

terlalu byk azam yg belum tercapai... hehe.. tp yg penting nikmatilah hidup ni..

NUke_Rude said...

cayalah tengku!!

aku suka tagline ko yg last tu! siap ade kaler2 merah! :P

dumdum said...

firul, apesal aku rasa dlm pic tu aku cantik sgt?hahahahaaa..:D

Unknown said...

to; zixol
yer kite kena berusaha lebih gigih

Unknown said...

to; si lampu neon
hye 2011...ahaha...kita ubah secara perlahan...itu realiti

Unknown said...

to: daniel adie
hidup memang indah tapi cara kita menikmati hidup dan kefahaman kita tentang keindahan hidup adalah berbeza

Unknown said...

to: cap api
betul...nikmati hidup keran ia lebih bererti

Unknown said...

to: nuke_rude
yer..ko mg patut suka tagline tue..sbb ko tk kn jumpa tagline tu dekat mana2..ahaha

Unknown said...

to: chenta
ermm...u always beautiful dear..ahaha