Petang ahad yang agak bosan!
Hari ini memang tidak banyak perkara perlu diselesaikan, sebab semua dah selesai kecuali urusan rasmi di bank yang masih tertangguh.
Sekarang ini, aku tengok ramai orang guna akronim ' bf atau bff ' untuk mengambarkan teman baik diaorang. Terus terang aku cakap, aku tak punya teman baik. Aku cuma ada kawan dan sahabat ;)
Kenapa aku cakap aku tidak ada bf dan bff?
1.sebab bagi aku akronim bf dan bff ini terlalu keperempuanan
2.best friend ini aku tidak tahu dimanakah kedudukannya dalam sesebuah perhubungan
3.best friend forever, aku langsung tidak percaya teori ini.Cubalah korang buktikan bahawa perhubungan korang akan bertahan sehingga akhir zaman (tambah-tambah bila dah kahwin terus diam)
Berbanding kawan dan sahabat yang mempunyai hieraki dalam teori perhubungan manusia.Kawan merupakan 1 perhubungan yang berada ditempat ketiga tetinggi manakala sahabat berada diposisi kedua tertinggi dan teman terletak diatas sekali.
Kawan merupakan sekumpulan individu yang kita bertemu setiap hari yang mana mereka mungkin kontra dengan diri kita dan sebaliknya.
Sahabat pula merujuk kepada sekumpulan kecil individu yang betul-betul rapat dan dapat memahami sebahagian besar diri kita.
Dan teman ialah individu yang akan bersama sepanjang hayat kita. Semua orang di dunia ini akan berharap untuk bertemu teman sepanjang hayat mereka yang mana akan bersama mereka sehinnga hembusan nafas terakhir.
" kita berjumpa dan bergaul serta hadapi pelbagai ragam manusia setiap hari, tapi sedarkah kita siapa kita sebenarnya kepada mereka"
-tengku fir-
2 comments:
Pada aku agak pondanla term2 tu.. Haha..
selama ini ku mencari cari.....gud one..like this entry!
Post a Comment