Sunday, April 17, 2011

Muka Exclusive!

Ahad datang lagi. Dan esok Isnin, pasti ramai yang kerut-kerutkan muka :)

Aku sudah mula kedengaran orang bercakap mengenai status aku di fb serta perkara yang aku tweet kan di twitter setiap hari.
Status terakhir aku di fb berbunyi begini; 

"Awak rasa awak 'artis' bila update status pergi tonton AJL Januari lalu? Awak rasa awak 'artis' bila update status pergi tonton ABPBH 2 minggu lalu? Saya akan pergi tonton MLTR LIVE!!!Barulah EXCLUSIVE."

Aku terima apa sahaja orang cakap. Sebab aku memang terbuka kepada kritikan dan menjawab persoalan yang perlu sahaja.

Ada yang cakap aku berkawan dengan orang-orang tertentu sahaja, TIDAK YA! :) aku boleh berkawan dengan sesiapa saja tapi asalkan dia tidak jumud atau ortodoks.

Aku mengaku memang aku agak SELEKTIF bila hendak berkawan dengan orang. Sebab bagi aku berkawan biarlah long lasting more than 24 hour :)

Dalam friends list aku ada orang begitu yer! Aku online dia buat tak tahu jer kalau aku tak tegur sampai aku offline lah dia tak tegur, tapi aku cool jer :) tak nak beratkan otak fikir secara berlebihan akan hal sebegitu.

Kepada mereka yang add aku di fb sorry sebab aku tidak approve :) bukan apa cara anda approach saya tidak kena lah. Message lah dulu berkenalan dengan saya lepas tu nak add boleh saja.

Secara rumusannya aku memang muka EXCLUSIVE.

Have a nice weekend

2 comments:

DanieL AdiE said...

WAH!

Afir said...

ahaha..btol2..nk kwn biar buat kawan betol