Wednesday, August 24, 2011

Mood Fi Hagat !

Selamat Pagi Malaysia...!

Sekejap saja kita sudah sampai 24 Ramadhan. Thank you Allah atas peluang ini, dan secara tidak langsung kita sudah berada pada hari ke-24 pada bulan Ogos :)

Begitu banyak berlaku dalam hidup terutama sekali pada bulan ini. Tapi apapun kaki harus kuat melangkah dan teruskan berlari-lari anak. Penat? rehat sekejap walaupun dalam dunia ini jika kita berehat 5 minit kita akan terlepas peluang tetapi jangan bimbang peluang sentiasa ada.

Aku baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran pada Ahad lepas (21 Ogos) seperti biasa ramai yang akan mengirimkan ucapan melalui sms atau tinggalkan pesanan di wall facebook. Dan seperti kebiasaan aku senaraikan nama orang yang mesti wish birthday aku. Bukan apa bila aku berkawan rapat dengan seseorang aku nak dengar ucapan ulangtahun dari mereka.

Kita juga semakin hampir kepada tarikh 31 Ogos! Aku ada 4 orang kawan yang dilahirkan pada hari kemerdekaan. Bertuah sungguh mereka setiap tahun diraikan kerajaan dapat pula cuti umum :p.

Tapi Malaysia masih berada di takuk yang sama. Kita masih tidak dapat menerima perbezaan dengan hati terbuka, kita masih bercakap tentang sesuatu yang merugikan diri sendiri, kita juga sering membuat sesuatu yang tidak menguntungkan atau lebih tepat tidak perlu. Aku juga berfikir bagaimana sekolah menengah kebangsaan yang dibina dan majoritinya kaum bukan melayu menggunakan bahasa ibuanda mereka sebagai bahasa pengantar! Tapi itulah Malaysia. Kita sibuk mencipta kekayaan bukan tidak boleh tapi kita lupa perpaduan kita masih tidak berubah, kita tidak faham 1 Malaysia dengan prinsip yang sama. Itu menjadikan 1 Malaysia sebagai laungan retorik. Aku cuma mahu Malaysia maju, mempunyai suara antarabangsa, aman dan tiada demonstrasi panas bukan tidak boleh tapi caranya aku tidak gemar. Mahu demonstrasi boleh, tapi santai sudahlah bawa payung, pakai high heels, like we live and life in Europe  or United States of America.

Ketika aku mengemaskini blog ini, emosi aku dirasuk semangat Fi Hagat! Lalu berfikir bagaimanakah jika kita mencintai seseorang tetapi perhatiannya berubah dan tiada kemesraan lagi! Perkara seperti ini sangat menakutkan bagi aku. Setelah kita berikan masa yang kita ada untuk seseoarang itu tapi akhirnya dia berubah. Tidak kisahlah apa puncanya tapi ia merupakan cabaran untuk kita hadapinya seorang diri. Kalau kawan-kawan buat aku macam itu pun aku dah mula berfikir "aku ada buat salah ke?".

*aku masih tidak membuat persiapan raya untuk diri sendiri! tiada mood agaknya
**kali ke-3 sambut ulangtahun kelahiran di bulan puasa. no cake. no present. love it.
***tiada kad raya juga tahun ini! tak perlulah sibuk-sibuk balas.
****akan sibuk berbuka puasa di luar di minggu terakhir puasa. love it. dah sebulan tak makan nasi :)

with love :F

4 comments:

Faizal Sulaiman said...

semoga menjadi lebih matang dan makin berjaya:)

speaking of which, uniknya tinggal di Malaysia was orang CinA, India pun makan kuih2 melayu

CIKGU NAMAN said...

owh..happy belated birthday!

rAy jR...@...Aliff said...

slm syawal beb...happy holiday..hak3

rAy jR...@...Aliff said...

slm syawal beb...happy holiday..hak3