Saturday, August 11, 2012

Takdir Ramadhan

11 Ogos 2012.

Sedang enak menghirup secawan coklat panas di kopitiam, tetiba teringat kepada Mil. Pejam celik - pejam celik sudah 2 tahun cerita dia tinggalkan hostel dan Firman. Ya. Firman. Aku capai handphone lalu mencari nama Firman dan terus tekan call. 

Dihujung talian kedengaran lagu "Selalu Jaga Hatimu" yang dijadikan caller ringtone. Lama telefon berdering tapi tidak dijawab oleh Firman, disaat ingin mematikan panggilan terdengar suara garau Firman dihujung talian;

"Hello"

"Hello, Man! Aku ni. Kau sihat ke?"

"Siapa ni?" Sorry lah, handphone aku hilang bulan lepas."

"Aku lah Syap!"

"Ya Allah. Syap. Kau ada mana? Jom lepak?"

"Aku dkt UOA Bangsar ni. Kau ada mana?"

"Aku baru nak balik rumah lah"

"Ouwh ye ke. Cantik juga idea kau tu! Bila kau free?"

"Anytime! Eh..aku nak drive nanti I call you back."

"Ok. Drive carefully."

Talian dimatikan.

Aku bangun dan keluarkan not RM 50.00 dari poket untuk bayar secawan coklat panas aku tadi. Selesai membayar, aku segera bergerak ke stesen untuk balik ke rumah.

Aku keluarkan  journey card dari poket jaket ,aku letak atas sensor gate lalu menuju ke platform. Tren sampai dan orang pun tidak ramai dalam perut tren. 

"Yes! Boleh duduk." Bisik aku dalam hati.

Aku pilih untuk duduk di kerusi yang yang terletak di koc yang kosong! Namun aku matikan niat aku setelah aku terlihat kelibat seseorang. Aku berdiri dekat orang tu sambil memaksa otak aku bekerja keras untuk mengingati siapa orang itu.

Stesen berikutnya, KL Sentral. Pengumuman dalam tren itu menganggu otak aku untuk berputar lebih laju. 

Sambil mulut berkumat-kamit memaki pengumuman itu, kelibat itu sudah hilang. Mata aku meliar mencari di dalam koc tapi sudah tiada. Ketika pintu tren sudah ditutup aku nampak kelibat itu sedang berdiri di escalator untuk turun ke gate. Sepantas kilat muncul nama Syamil dari benak otak! 

Ya! Dia mesti Syamil! Ya Allah, kenapalah otak ni sangat lembab untuk ingat tadi.


*Takdir Ramadhan, pertemuan yang dirancang dan tidak dijangka namun bukan semua pertemuan itu berakhir dengan senyuman.

**Di inspirasikan dari Hijrahku Ramadhan

1 comment:

hafiz hafizol said...

Syamil laa... adoi.. #tetibee