4 Syawal 1433 Hijrah
Sampai bila aku harus tunggu Saffawi?
Aku sendiri pun tidak menyangka dengan mudah akan jatuh hati kepada Saffawi. Hati aku bagai diracun dan hanya Saffawi menjadi penawar kepada hati aku.
Aku tahu, Saffawi sudah berpunya, tapi kenapa aku dan dia masih cuba untuk bersama mencipta mimpi-mimpi indah bersama sedangkan kami berdua tahu ia amat mustahil.
Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh
Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar
Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju
Aku hanya mampu menanti, tatkala Saffawi bersama hatiku sakit, tatkala Saffawi bersama aku, aku harus bersedia untuk melepaskan Saffawi pergi kepada si dia kerana itu keutamaan Saffawi. Jadi apa penting aku pada Saffawi?
1 comment:
selamat hari raya.. semoga harimu bakal indah.. teruskan dengan usaha.. cekalkan hari dengan doa.. semoga berjaya~
Post a Comment