Wednesday, August 22, 2012

Penantian Syawal Dian

4 Syawal 1433 Hijrah
 
Sampai bila aku harus tunggu Saffawi? 

Aku sendiri pun tidak menyangka dengan mudah akan jatuh hati kepada Saffawi. Hati aku bagai diracun dan hanya Saffawi menjadi penawar kepada hati aku.

Aku tahu, Saffawi sudah berpunya, tapi kenapa aku dan dia masih cuba untuk bersama mencipta mimpi-mimpi indah bersama sedangkan kami berdua tahu ia amat mustahil.

Aku datang dengan rindu

Aku datang dengan pilu

Tapi kau terus membisu

Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita

Ke manakah hilangnya erti setia

Berlari ku mengejar

Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta

Ke manakah harus ku cari syurga

Andai bukan kepadamu

Ke mana lagi harus ku tuju

Aku hanya mampu menanti, tatkala Saffawi bersama  hatiku sakit, tatkala Saffawi bersama aku, aku harus bersedia untuk melepaskan Saffawi pergi kepada si dia kerana itu keutamaan Saffawi. Jadi apa penting aku pada Saffawi?

1 comment:

i'm shin... i'm inesen said...

selamat hari raya.. semoga harimu bakal indah.. teruskan dengan usaha.. cekalkan hari dengan doa.. semoga berjaya~