Sudah hampir 14 hari tidak membaca entri-entri nukilan teman blogger yang rapat dengan saya. Pejam celik - pejam celik kita sudah melangkah ke tahun Hijrah 1434. Saya masih terasa "hijrah" kecil saya pada tahun lepas.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T, saya masih teruskan perubahan kecil itu walaupun kekadang terkeluar juga bila perasaan marah yang memuncak, selalunya terkeluar bila berkaitan kerja. Untuk tahun ini saya hanya hendak teruskan apa yang saya telah niatkan pada tahun lepas.
Bercakap pasal kerja, tanggungjawab saya semakin bertambah. Tapi saya terima sebagai proses pembelajaran. Sebenarnya secara jujur saya masih mencari peluang yang lebih baik, untuk memenuhi kehendak keluarga dan saya percaya apa yang dicadangkan keluarga adalah yang terbaik walaupun kekadang saya rasa ia bukan sesuatu yang perlu atau belum tiba masa yang sesuai.
Masa dan wang bergerak tanpa sedar, tapi saya percaya, Allah akan murahkan rezeki jika hambanya bermurah hati berkongsi rezeki yang diperolehinya.
#hati! Sudah 74 hari perkenalan, 10 kali perselisihan faham dan 10 kali janji temu. Kami telah harungi pelbagai dugaan emosi dan saya telah berusaha semampu daya dan selebihnya biar masa yang tentukan. Sepanjang 10 kali perselisihan faham kata-kata ini yang saya pegang:
I'm sorry.
I know we fight, but who doesn't.
We aren't perfect.
We're gonna fight sometimes.
But, I'm never going to stop loving you.
No matter how much we fight or what we fight about.
I just want to let you know that,
I love you.
And the reason
I'm apologizing
whether I started it or not, is because
I love you more than I love my pride
I would rather lose stupid argument than lose you.
1 comment:
life's like that :)
terus berusaha dan berdoa..
seterusnya serahlah pd Allah utk beri apa yg baik utk kita
Post a Comment