Hi..!
Lama juga, blog tak ada entry baharu. Entahlah apa nak jadi dengan diri pun tak tahu. Nak kata sibuk sangat, tak adalah sesibuk mana pun. Malas je lebih!
Hari ini sudah tanggal 2 Januari 2015, Dan aku masih meneruskan hari-hari yang sama. Kekadang bosan ada juga. Ulang rutin yang sama hari-hari, Jawab soalan yang sama setiap hari. Oh god!!!
Kesimpulan 2014
Jujurnya, tahun 2014 merupakan tahun yang paling banyak drama. Episod demi episod aku kena hadap, sampai 1 tahap aku bosan nak berinteraksi dengan orang sekeliling. Serious. Bullshit.
Tapi disebalik episod - episod drama korporat, aku sempat buat twin pack holiday dari Siam Riep ke Bangkok dan dari Singapura ke Indonesia. Itu sahaja yang mampu jelajah tahun 2014.
Tahun 2014 juga menyaksikan, aku kembali luangkan masa bersama anak yatim, seperti zaman study dulu. Sebenarnya aku mula kumpul dana, dari aku mula kerja tetapi 2014 baru tercapai nak buat.
Harapan 2015
Aku excited gila dengan tahun 2015!!! Aku dah plan macam-macam untuk tahun ni dan sesungguhnya percutian merupakan perkara paling penting. Aku ulang PALING PENTING! Dan semestinya tahun ni aku teringin nak buat trip solo yang didedikasikan kepada diri aku! Dan aku dah sediakan sekurang - kurangnya 5 atau 6 tempat yang perlu pergi tahun ini! Walaupun pergi seorang diri.
Kerjaya tahun ni, aku hadap je! Malas nak fikir. Ada peluang lain aku grab sahaja, Sebab aku percaya sampai 1 tahap, kita perlu career development dan self development serta self exploration. Cuba sahaja apa bidang yang aku rasa nak cuba. Dulu aku pun rasa transit industry bosan tapi sebenarnya seronok dan mencabar sebab nak kena "main" ikut rule yang di set up oleh orang lain.
Tahun ini juga berazam untuk kumpul dana secukupnya untuk buat majlis sikit. Aku target nak buat bulan Ogos. Harap, Tuhan permudahkan segala urusan.
Okay. Aku stop sampai sini, jumpa lagi di entry lain.
#stayfabulous
with love
SF
1 comment:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment