Friday, November 7, 2008

Apa yang Aku rasa - part 1



Assalammualikum....
Apa khabar dan how are you? Hahaha...macam benggong plak tanyer soalan yang same dalam dua bahasa.Petama sekali aku ucapkan terima kasih kepada yang bagi respond kat setiap post aku yang mengundi(walaupun 4 orang)terima kasih ler sebab mengundi.Kepada yang nak kongsi masalah aku harap boleh sent e-mail ler nampak tak begitu manis cerita masalah dekat comment.
Apa-apa pun dekat sini aku nak corat-coret sikit pasal pengetahuan am walaupun blog aku bukan sekolah tapi untuk sekadar ilmu tambahan.Kemenangan besar Obama sebagai President baru Amerika memang ditunggu oleh seluruh masyarakat Amerika sendiri namun dalam kegembiraan Obama meraikan kemenangan sebagai "President Amerika Berketurunan Kulit Hitam" perlulah dia iaitu Obama mengambil langkah berjaga-jaga agar dia tidak menerima nasib yang sama seperti Lincoln,korang tahukan apa terjadi kepada Lincoln...??? Kemenangan Obama juga akan menunjukkan sikap sebenar rakyat Amerika itu sendiri yang masih memepunyai sentmen perkauman yang menebal dalam diri mereka yang mana sesetengah pihak belum bersedia menerima "orang kulit hitam" sebagai pemimpin kepada "orang kulit putih" lagipun Obama mempunyai salasilah dari benua Afrika.
Kita beralih pula kepada dunia politik negara yang sedikit tidak bijak dan tidak melambangkan sifat ketimuran. Tetapi ahli politik kita terutamanya cukup bijak untuk memperkatakan tentang budaya dan sebagai nya. Bagi aku "diaorang " saling tak tumpah seperti "mami jarum" sibuk ingin membentuk jatidiri anak bangsa tetapi apabila muncul di Parlimen, mereka menjadi alpa.Sepupu aku yang baru darjah 6 pun naik benci tengok perangai "mereka"kekadang hairan dan bertanya kepada aku;abang pak cik tu masuk universiti ker?
Sungguh memalukan tingkahlaku mereka itu.Dunia nak kiamat tapi mereka masih menunjukkan sikap yang kurang baik kepada kanak-kanak lepas tu blh plak nak salahkan media massa tayangkan rancangan tak baik,ibubapa tak ambil berat,dan membebel memberi faktor yang berkemungkinan.
Ok lah korang fikir-fikirlah pemimpin macamaner yang mampu menjadi teladan yang baik kepada generasi muda.Bagi aku baik dari barat mahupun timur dan Arab sekalipun ketika ini tidak ada ahli politik yang mempunyai imej yang betul-betul menunjukkan diri mereka.

adiosa...

6 comments:

Anonymous said...

cousin...
betul ler susah nak jumper pemimpin yang bagus tapi bagi aku kn aku lebih selesa dengan polisi Tun Mahathir

Anonymous said...

kak joyah in da house:
Betul2 kak joyahpikir mcm tue, ahli parlimen klu kt luar parlimen ckp baik2 jer dalam parlimen mcm2 ckp...klu tgk kt youtube dua kali ganda lah teruk...

Anonymous said...

hmmm...Fasha rase ader betul ader tk nyer bkn semua ahli parlimen mcm tue...PM kite ok jer

Anonymous said...

huhuh...
aku suke Tun Dr Mahathir

Anonymous said...

hmmm...
btul ckp "bukan fasha sandha" tue...bukan semua ahli parlimen mcm tue...

~~~...MenCari PeLAngi...~~~ said...

em..ada btul ada tidak..
dlam idup mmg ada pro dn ada kontra..
susah jgak..
tp as they said..aku jg slesa dgn kpimpinan mntan pm kita Tun Dr Mahathir..aku rsa msa Mlysia dbwah pimpinan dia dulu x la struk ni ye x??
tp ntah la skali pk mgkin skang ni suma org blumba2 nk tjuk dia hbat kot...
ahli2 prlimen kdg2 bsuara utk kpntgan tsendiri..
baik kpentgan diri, parti, kaum dn seumpmanya...
apa2 pn pm kta skang pn cba utk wat yg trbaikk...apapn kita sbg rkyat Malysia blh pk dgn mtang sapa yg ptut kta pcaya spa yg x....

k...slam...