Friday, February 20, 2009

Aku Masih Disini...

Salam Sejahtera...
1. Sorry sebab lama tak update blog...aku agak sibuk dengan aktiviti berlari mengejar bintang...
2. Terima kasih di atas segala komentar yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas, ym, surat elektronik dan juga kritikan membina yang dihantar terus ke post aku...

O.k. aku mulakan update sikit pasal diri aku...
1. aku semakin sihat.
2. rasa lega buat seketika selepas tamat audit iso sirim.
3. sekarang busy untuk siapkan research.
cukup ler tue...

Hidup menjadi semakin terarah apabila aku tahu apa itu keseimbangan dalam hidup untuk mencarinya bukan lah sesuatu yang mudah..begitu juga untuk mengekalkanya dalam kehidupan kita oleh itu keseimbangan perlu diikuti dengan kesederhanaan...

Semenjak kesibukan aku si k-rul sibuk bertanyakan pendapat aku mengenai apa yang telah terja di dalam negara tetapi aku tak pernah layan atau menjawab panggilan telefon nya...sebab aku tidak mahu kehilangan konsentrasi apabila aku tengah buat research...So Mr. k-rul, I'm sorry...i don't mean that but i've to do that!
dan seperti yang dijanjikan kepada k-rul, aku kena lar mengulas situasi negara ketika ini tetapi bukan dalam keadaan terpaksa.

1. Perak
Sebuah negeri yang mempunyai sejarah asal-usul yang cukup dramatik darisegi politik dari dulu sampai sekarang. Dan korang buka lah balik buku teks sejarah untuk mengingati nya semula sebab aku bukan cikgu sejarah walapun aku suka sejarah dan selalu score untuk subjek tu! Dan untuk keadaan politik sekarang ia memang di luar lingkaran pemikiran aku yang mana sebelah pihak tidak mahu kehilangan kuasa dan sebelah pihak tidak sabar dan ingin berkuasa dan itulah manusia yang sudah tentu melayu kita yang sukakan kuasa. Memang tidak dinafikan manusia memang suka akan kuasa dan aku juga suka akan kuasa tetapi kuasa yang bagaimana kita inginkan...? Fikirlah sendiri! tetapi yang mustahak kita harus sentias bersedia untuk berkuasa dan untuk kehilangan kuasa. Dan kepada mereka yang telah kehilangan kuasa aku berasa amat malu untuk mengaku mereka itu sama "spesis" dengan aku kerana mereka langsung tidak mencerminkan parti yang mereka wakil...parti mereka yang dipelopori mereka yang islamik tetapi hilang atau terlupa kepada Tuhan apabila mereka diuji apabila kehilangan kuasa.

2. Lompat Si Katak Lompat
Ini kepada mereka yang suka melompat...jangan suka melompat kerana takut nanti jatuh tersungkur dan tidak akan terpilih lagi untuk tahun berikutnya...kepada kawan kumpulan mereka yang suka melompat jangan ikut perangai mereka yang melompat kerana anda telah melanggar amanat dan janji kepada tuhan serta kawan-kawan seperjuangan anda, tidak lupa juga jangan jadi seperti "batu" yang boleh di lompat-lompat atasnya serta dibaling-baling sesuka hati.

3. Etika Dan Moral
Merupakan 1 perkara yang sering dinilai orang ramai tidak kira siapa mereka jurujual, surirumah tangga, cikgu atau peminta sedekah sekalipun. Mereka tahu apa itu etika dan moral. secara asas nya. Dan kita semua dapat membuat kesimpulan bahawa para pemimpin kita harus lah mempunyai etika dan moral yang tinggi agar kita tidak malu dikemudian hari keran a memilih pemimpin yang kita sayangi untuk mewakili kita di pentas pendebatan negara. Oleh itu, apa yang terjadi sekarang adalah berkenaan etika dan moral seseorang itu. Tidak kira apalah agama yang dianuti nya tetapi pegangan moral serta maruah jangan apabila perkara seperti ini terjadi kita sibuk menyalahkan orang lain...mengapa kita tidak berfikir bahawa kita akan menjadi contoh apabila menjadi pemimpin...tidak guna mengalirkan airmata berdarah atau mendakwa hak privasi anda dicabul dah itu ada kaitan dengan agenda kerjaya anda...norma hidup anda yang tidak selari dengan adat timur jadi mengapa harus dipersalahkan orang lain...(akan diulas nanti lebih lanjut)

o.k. ler itu jer....nanti pape email,sms, ym,fs, dan sebagainyer....
terima kasih sebab sudi baca....


11 comments:

Anonymous said...

hmm...marah ker..??
busy tol ehh dgn audit sirim...tu ler ajx kerja dgn aku tk nk...
aku suke entry kali nie terutama tentang etika dan moral tue..

Anonymous said...

kak joyah inda house...
mlm2 nie amik masa baca blog....
amboi busy ker...???
blh renew iso 9000:2001 ker..???
kak joyah nk ckp pasal etika dan moral itu bergantung ler pada seseorg tu kntapi bila kita jad pemimpin masyarakt kena lah jaga serba-serbi macam artis lah kn....
sekian..kelas gitu...

Anonymous said...

aloha...
fasha baru blk dari phuket...
no..no...tk baik you citer pasal moral org lain...u bermoral ker...???
i pun kurang moral...tapi tk ler sampai hilang moral...
moral itu maruah kite u...
setuju...???

Anonymous said...

errmm...puteri rasa kn..etika dan moral itu perlu dipelihara keran ia nyer membezakan kita dengan orang lain...

Anonymous said...

hmm..
moral dan etika....
etika dan moral....
sama tak aper kita belajar di sekolah dulu subject moral dan sivik....????

fadzil hafiz said...

baguslah klu lu dah semakin sihat..!!

~bley terus berblog..

Anonymous said...

sihat...???
ko sihat ker tgk sama jer badan,muke ko tak berubah pun...!!!
betul-betul tk perlu salahkan orang lain atas kesilapan kita sendiri....

Anonymous said...

huhu....
kelas gitu airmata darah ker...??
huhhuuh

a.b geldofg said...

negara ku yg pnuh masalah ciptaan

Anonymous said...

etika dan moral...
moral dan etika...
MASALAH DICIPTA MANUSIA...
MASALAH MENCIPTA MASALAH...

Anonymous said...

hrrmm....
dia bercinta dgn P.A. dia ker...???