Wednesday, October 7, 2009

baru nak tekan KONEK jer dah KUAR...antara Jepun dan Uk

Salam Hormat...
Harap anda semua sihat sejahtera. Minggu ini merupakan minggu yang begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang serta beberapa perkara yang diluar kawalan telah terjadi pada aku dan keluarga. Namun itu tidak menghalang aku untuk mengemaskini blog aku yang tidak seberapa ini berbanding blog-blog anda yang sangat "grand".

Tekan KONEK Jer Dah KUAR.

Aku betul-betul tidak puas hati dengan tahap internet di tanahair yang tercinta ini. Pada hari isnin yang lalu aku format komputer aku sebanyak 3 kali kerana diserang H!N! tapi tanpa-tanda gejala ILI. Setelah selesai format aku pun cubalah mengkonek internet dan kuarlah page not loading (tidak berjaya). Tapi aku usaha lagi namun masih tidak berjaya. Aku pun mengambil keputusan untuk menghubungi encik Streamyx di talian bebas tol mereka. Dalam masa 3 minit talian aku disambut oleh encik Streamyx. Aku pun menceritakan kejadian yang menimpa pada komputer aku. Setelah mencuba konet internet bersama encik Streamyx aku masih gagal untuk melayari internet, lalu encik streamyx pun berkata mungkin network card encik rosak sebab bila saya periksa disini IP encik betul. Aku pun bersetuju tanpa mempertikaikan teori encik Streamyx. Jadi kelmarin aku pun pergi ke workshop untuk tinggalkan komputer. Adik manis yang bekerja di workshop itu cakap esok boleh siap. Hari ini pagi-pagi buta lagi workshop tersebut call dan berkata komputer encik sudah dibaiki dan hati aku gembira bukan kepalang lagi. Dengan caj sebanyak Rm 25.00, aku pun terus angkut komputer tanpa bersoal banyak. Sampai rumah aku pun cuba konek internet tapi masih sama seperti semalam saja. Kemudian aku pun cuba periksa dekat network dan connections. Aku pun terus membuat "acara" try and errors dengan sabar dan akhirnya berjaya.

*Sebenarnya juruteknik cuma install drivers dekat komputer aku sahaja. Rugi Rm 25.00 bodoh-bodoh!
**Masalah ini tidak memerlukan bantuan encik Streamyx pun sebenarnya.
***Kalau di Uk, kita boleh batalkan kontrak internet jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka dalam masa 24 jam (tanpa sebarang bayaran dikenakan) tetapi di Malaysia kena bersabar sekurang-kurangnya 1 tahun kerana tiada term didalam kontrak yang boleh membenarkan kita untuk membatalkan kontak dengan serta-merta. Oleh itu pihak berwajib tolong kaji kaedah ini untuk meningkatkan tahap persaingan dikalangan pemain industri dan hapuskan monopoli dalam industri perkhidmatan internet negara.

Antara Uk dan Jepun



Peristiwa hari minggu Oktober 4 2009 (Ahad).

1 sms aku terima dari Shira;
Fir nak sambung study tak?

Aku pun balas;
Nak2...
Shira pun membalas semula sms aku;
org nak pergi Japan...jom teman...
Aku balas,
Ouwhhh...yer ker? Shira dah pilih u ker?
Shira balas;
hurmm...belum lg...Tahu tak kat mana kite blh apply loan?
Aku;
Bank...Mara...tapi org dah pilih nak ge UEA...nak ikut...tapi org nak buat second degree (*-*)
Shira balas;
UAE!Biar betul?
Aku balas;
UEA larr Shira................ http://www.uea.ac.uk/
Shira balas;
nak ikutttttttttttt....

Kemudian sebelum tidur teringat dekat along, selepas habis degree di Uk along tak pernah pulang ke Malaysia lagi. Tapi akhir tahun ini along akan pulang dengan Master dan Phd dari Uk...kemudian akan memulakan tugas sebagai tenaga pengajar di universiti. Sungguh cemburu!

Tapi, masalahnya aku belum suarakan keinginan aku untuk ke UEA. Lagipun keadaan kewangan dan permasalahan yang timbul belum diselesaikan sepenuhnya lagi. Aku buat keputusan untuk berada disisi keluarga kerana sekarang keluarga aku lebih memerlukan aku dan itu lebih penting dari keinginan aku lagipun aku sudah pun mempunyai degree.

p/s; nota penting:
*ahmad alif di paris, yusry di tokyo, hairudin di uk...cepatlah pulang!!!
**diharap keluarga adam al-kindi di padang, indonesia selamat dari musibah yang telah melanda.
***cik suraya,maaf tidak menjawab panggilan telefon.
****kekasih gelap, i miss you.
*****sungguh iri hati dengan lay out baru nizam!!!!...aku pun nak layout yang simple macam itu!

Terima kasih sudi membaca
Semoga jumpa lagi
Jaga diri anda
Adiosa


44 comments:

CIKGU NAMAN said...

tapi 2,3 arini streamyx aku laju gilos..


sebelum ni memang cam siput..ingat sebab gempa ke aper..

aku dpt tau aritu kt UK speed dia dh mencapai 20Mbps..yeke???

Anonymous said...

ahaks....
streamyx aku pn not bad ler....
bangun tido trus siap movie yg aku download...huahahha...


maybe setting network ker silap....

nizam baharin said...

kau jeles ngan template blog aku ke? or blog nizam lain ni? ahahahahah

fir smbung manchester jom..:)

DanieL AdiE said...

nak g UK!!
nak smbg master kat sane...

myQza said...

aduhai... jika ibu ayah memerlukan kamu di sini.. fikirlah semasak2masaknya...

MOHD [: said...

Belajar dari pengalaman, lepas ini kalau terkena lagi dah tahulah caranya (: .

Unknown said...

n@m@n-->
streamyx ko laju sebab aku tak on9...
hahaha...

Unknown said...

mr homosapiensz-->
download movie per tue...
nk tgk gk.

Unknown said...

nizam baharin-->
hahaha blog ko lerr!!!
manchester...???
tk nk ler nanti ko paksa aku ge old trafford
haahahha...

Unknown said...

adie-->
jom ler tapi abiskan degree dulu
br blh ikutttt

Unknown said...

si tedi-->
i've choose to be here with my parent's....

Unknown said...

mohd-->
baik cikgu

Beruwang said...

tak jadik la nak meminang ko tengku... aku ada spm je...uh uh

una210 said...

haha,,,
x abes2 ngan kekasih gelap,,:P
sengaja nak tunjuk dye berkulit cerah,,bhahhaa

Anem Arnamee said...

Salam..

memang selalu laptop salah skit jerk.yg betulkan tu nk cri duit. lo anem repair sendiri dlu.tet.;p

eheks.buat pilihan yg bijak fir.semoga yg baik2 buat kamu.

kekaseh gelap lagi? mengapa tidak berkasih dlm terang?
ish2..gelap2 ni belaku hanya setelah bernikah.ahaks;p

wallahua'lam.

Sofi Zainuddin said...

tengku fir: bersyukur ngan aper yg ada.. sofi kat sini depends on gprs jer... nanges!

i'm shin... i'm inesen said...

duduk umah dendiam!!!

nizam baharin said...

ahahhahah old trafford? woah seram doe dgr nama old trafford.. *kedekut*

am-rie said...

tak pernah try streamyx lagi pun..1st pakai maxis broadband, tak puas hati tukar ke celcom broadband lak..so far bleh pakai klau g mana2..senang..

Nak sambung degree ke nak tambah degree lain nie?? UK terbaek bro..(macam Pernah sampai je) hikhik..

Unknown said...

ber_uwang-->
cinta itu buta...cinta itu pekak...
hahahaha

Unknown said...

una210-->
hahahaha..maner tahu kulit dia cerah...???

Unknown said...

arnamee-->
w'salam
hahahaha...betul2 pastu tak cakap pula tue apa masalah sebenar komputer tu!

naper tk berkasih dalam terang sbb semuanya masih gelap
hahahaha......

Unknown said...

sofi-->
owhh insaf nyer saya.
saya amat bersyukur sekali.

Unknown said...

i'm shin...i'm inesen-->
baik...duduk umah dendiam lar nie...
hahaha

Unknown said...

nizam baharin-->
hahaha...tak kan aku laburkan duit aku utk old trafford!
bkn kedekut tapi berjimat pada yang perlu
hahaha...


*encik nizam tak nak email coding blog anda yang cantik tu ke?

Unknown said...

am-rie-->
hahaha
anda patut untuk tidak mencubanya.

rancang nak tambah degree

huhuhu...mesti dah sampai...u maner?

zazahashim said...

salam..sudah singgah ini..hehe..network kalau kat opis nie mcm biase la..kejap hang kejap oke..berasapa telinga..huhu

NUke_Rude said...

dowh!
dah ko tekan konek. memang la tenet slow. cuba ko tekan 'connect'! hahahah..

saja je mengkontroversikan tajuk. siap hurup besar lagi tang KONEK tu. hahahaha.

zixol said...

streamyx aku ni pon da bengong..eh ko nak sambung blaja ke?? rajjin seh..

zoncapriku said...

buat la pilihan terbaik untuk masa depan..moga dipermudahkn...

theblabber said...

be thankful dude. we never know what we've got, until we lose it.

anyway, good luck in pursuing your dream!! ;)

nizam baharin said...
This comment has been removed by the author.
nizam baharin said...

ahahhaha siap nak kena email coding template lagi..;p kau amik je kat btemplates.com. aku amik kat situ je.. selamat berjaya ye :DD

Unknown said...

z@z@-->
w'salam...
hahaha...faham pun perasaan gue
terima kasih sebab singgah.

Unknown said...

hahaha...
tu ler tertekan KONET sebab itu tak boleh main internet.
hahahahaha...

Unknown said...

azizollaoshii-->
terima kasih sebab menyokong fakta "streaymx memang slow".
plan macam itu lar

Unknown said...

zoncapriku-->
yer...
saya akan berusaha membuat pilihan yang paling bijak.
"kami mesti pilih"

Unknown said...

miezi-->
yeahh...
we never know what we'll lose tomorrow

Unknown said...

hahaha
thank q....
harap-harap ada yang lebih "cun" dari kau

zixol said...

jgn lupe ajak aku kalo ko nk smbg study..

Unknown said...

Salam singgah :)

Maybe network card ko maser tu disabled kot..pangkah merah tu. Maybe automatik terjadi after ko format pc ko. Whatever, aku pun geram line streamyx sbrnyer...sumer orang geram..hahaha

Unknown said...

azizollaoshii-->
huhuhu...
blh jer, jom...

Unknown said...

chem5007--.
hahaha...yer ker? thank q...
terima kasih, streamyx oh streamyx...

Unknown said...

nizam bahrain-->
encik...
tak jumpa pun macam ko punyer...