Monday, December 7, 2009

CeRiTa SATU : Episod 3 [khilaf]

Salam harmoni yang penuh kemesraan aku hulurkan dengan penuh keihlasan.

Hari ini genaplah seminggu kita di bulan disember dan ini bermakna masih berbaki 24 hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2010. Sungguh mengujakan. Dan mungkin ada di kalangan kita yang sudah mula mengatur perancangan untuk tahun hadapan. Kita tinggalkan seketika mengenai "wishlist 2010".

Buat posting kali ini aku ingin cerita tentang "khilaf", apa itu khilaf?. Khilaf merupakan perkataan yang berasal dari kosakata arab yang membawa maksud "tersalah atau tersilap".

Pernahkah kita berhadapan dengan situasi "tersalah cakap". Aku selalu berhadapan dengan situasi seperti ini dan kekadang ia mampu membuat sebahagian kawan-kawan aku berkecil hati dengan apa yang aku perkatakan (walaupun ia adalah 1 kenyataan).
Sebagai contoh:
Situasi : Dalam kereta Man, Malam (terjadi pada 5 bulan yang lalu);
aku : weih...thank q...belanja makan.
man: no hal lah...benda kechik jer!
aku : weih..drive elok-elok...maner tahu nanti raya tak...
man: cehh..tak sayang mulut ker?
aku : hahaha...sorry lar...spontan lar ;-)

man: hahaha...bukan baru kenal...dah lama kenal...
*ayat berwarna merah merupakan terkhilaf bicara. Aku tak sepatutnya mendoakan kawan aku "berpindah alam".

Dalam kes aku dengan Man, ia adalah suatu perkara yang biasa kerana kami tidak pernah ambil hati dengan perkataan yang kedengaran seperti "mengcondem" sesama kami. Tapi aku akan menjadi gusar apabila ada kawan-kawan yang mula berkecil hati apabila aku terkhilaf bicara semasa bersembang-sembang dengan mereka. Dan sebagai contoh, kelmarin aku "berym" dengan Cik Puan Nurul (seorang pegawai tinggi awam)
Situasi : Bersembang di alam maya, tengahari (terjadi pada 6 Disember 2009);
cpn : buzz
aku : buzz balik...bertanya khabar dan sebagainya.
cpn : menjawab segala pertanyaan.
aku : weih tak sibuk dengan star rating ker?
cpn : huhu...sibuk giler..kena stay office sampai pukul 3, 4 pagi.
aku : owwhhh...kesian nyerr
cpn : jap..jap..tahu maner nie?
aku : hahaha...tahulah. hahaha best ker kerja?
cpn : penatlah...
aku : huhu..buhsan ler...meeting jer makan...asal nak makan jer meeting!!!
cpn : diam.
aku : busy ker (dalam otak masih positif, update blog agaknyer)
aku : hahaha...best nyer kawan-kawan dah hebat
cpn : hebat aper..?kan asyik makan jer...
aku : weih...janganlah kecilkan hati yang kecil
cpn : mana ada...
*ayat berwarna merah merupakan terkhilaf bicara. Aku tak sepatutnya berkata begitu kerana kawan aku seorang yang berjawatan tinggi ianya seperti aku memperkecilkan kreadibiliti diri dia.
**ayat berwarna hijau dapat disimpulkan seperti berkecil hati bagi aku (atau tidak tapi hanya perasaan aku)
***struktur binaan ayat dan pengunaan kata mungkin berbeza dari keadaan sebenar (tak ingat!)

Kemudian, aku pun berfikir kenapalah aku selalu megucapkan sesuatu yang buat orang lain berkecil hati dengan apa yang aku perkatakan. Dan aku pun membina 1 teori aku sendiri, mungkin kawan-kawan aku terpaksa berubah kerana tuntutan keadaan (kerja). Untuk mengukuhkah teori, aku mencari "sample" tanpa mengukur populasi. Nama Azlan terpacul di benak. Ya betul, salah 1 sebab manusia berubah adalah kerana desakan keadaan. Azlan berubah menjadi seorang yang lebih tegas ketika bercakap. Kalau dia senyum pun rasanya amat tawar sekali. Jika dibandingkan ketika zaman persekolahan adalah berbeza sekali. Setelah dia menyertai PDRM, dia kelihatan begitu serius, cakap lebih "kemas". Dan benarlah keadaan turut membuat seseorang itu berubah.


"khilaf itu bukanlah pilihan, namun perlu dibaiki demi sebuah kesejahteraan"
-tengku fir, bradford-

p/s;nota penting:
*sedang mempersiapkan diri untuk sambutan pra-tahun baru
**pesta goncang sampai pancut akan bermula T_T
***terasa hina bila melakukan kekhilafan. faham perasaan ray yang mengganggap dia hina seperti "babi peliharaan"
****ini permohonan maaf terbuka kedua di alam maya yang aku lakukan.
To: Cik Puan Nurul,
aku minta maaf sangat-sangat jika ayat aku mengecilkan hati anda...tidak terlintas untuk berbuat begitu kerana anda banyak jasa pada aku.



dengan tulus ikhlas,


35 comments:

zixol said...

insaf kejap..terlalu bbyk khilaf yg aku dah buat..

hmm

syaf said...

wahahah...aku setuju
wey ko slalu khilaf ngan aku
mintak maap cepattttttttt

hans said...

hahahaha
aku selalu jer

Adam said...

khilaf tu hari2 berlaku~~~ tak boleh elak , cuma kene hati2 je mase bcakap....ngengenge

merahitujambu said...

kite manusia biasa.x sedar yg kite sedang melakukan kesalahan..jadi jika leh perbaiki..kite baiki..=)

Hazley Jamaludin said...

hahahaa...lawak la hg wei. Tapi tu la. Ngan org yg dah MESRA ja leh cakap dalam KEADAAN TAK SEDAR. Kalo ngan yg baru kenai...kena jadi sopan sesopannya...hahahaa.

p/s: Aku kena berubah gak la. Jadi seorang yg serius dan mudah kecik hati...hahahha (asyik duk jd yg besaq hati ja...kadang2 cemuih gak...hahaha)

zetty said...

khilaf...
bukan niat nk melakukan kekhilafan @ menyakiti hati org lain...tp itu laa manusia..pasti akan melakukan kesilapan...n bile org y berkecil hati tue...jgn laa cpt memendam rasa...ape org kate masuk telinga kanan..kuar telinga kiri..jgn kuar taik telinga plak...hehehe...terima dgn hati y trbuka...n posotif...tol x??...

Unknown said...

azizol-->
sama-sama la kiter insaf...:-/


*hahaha bila nak insaf nie!!!

Unknown said...

syaf-->
setuju...?
undi lar...pangkah cepat..hahaha...


*berapa kilo aku khilaf ngan ko...???
ahhahaak...

Unknown said...

hans-->
huh...
aku pun selalu gak sebab setiap hari aku bercakap
hahahha...

Unknown said...

adam-->
owwhhh...begitu...
apakah resipi nak elakkan khilaf...
hemo..hemo...

Unknown said...

merahitujambu-->
berusaha memperbaiki diri pembinaan ke arah pembentukkan modal insan


*lamer tk dgr "modal insan"

DanieL AdiE said...

ianye normal...
kite hanye manusia biase...
mmg x lari dr melakukan kekhilafan...

dumdum said...

patutlah aku asyik tersedak sedak hari ni..ehem2..encik syafirul,ada beberapa benda yang harus aku tekankan di sini (nada seperti nak mulakan hujah dlm debat)iaitu :

1. memang aku agak terasa waktu ym tu. (nota: agak di sini membawa maksud sentap sikit tapi selepas 10 saat da oke sebab yang berkata tu hang,bff aku).

2. point aku terasa bukan disebabkan aku rasa ko memperkecilkan kredibliti aku ke since aku memang kecik n comel of course, TETAPI aku agak tak puas hati sebab :

a) aku rasa hang telah membuat generalisasi secara tergesa-gesa terhadap sektor di mana aku berkhidmat sekarang. ye,aku mengaku sektor aku ni memang penuh dengan kronisme,nepotisme,dan sewaktu dengannya TAPI tak wajar rasanya kalau hang buat assumption semua orang dan bahagian di dalamnya adalah sama.

b) orang putih kata "put yourself in my shoes". jadi, silalah masuk ke dalam high heels aku di mana aku berjalan, cuba sedaya upaya untuk memijak2 nepotisme,birokrasi,kronisme dll yang telah lama bertapak dan subur, n bayangkan kalau bff hang kata "alahh,asyik makan n meeting ja pun.."

sekian maklumbalas aku. pape pun, dun wory firul..hang selalu ada di hati aku. tak payah mintak maaf pun aku dah lupa.

;)

Unknown said...

jasman hazly-->
hahaha...lawak ker?
aku menulis dengan penuh rasa khilaf...hahaha
betul-betul,kita hanya boleh buat begitu dgn mereka yang betul-betul serasi dan mesra


p/s:weih..amalan kecilkan hati memudaratkan kesihatan tau tk..!!!

Unknown said...

zetty-->
kata kunci disini ialah positif kalau positif kita akan ada hati yang sihat ;-)


p/s;betul-betul

Unknown said...

adie-->
betul itu sebab itu kita perlu baiki jumlah kekhilafan yang akan dilakukan..

Unknown said...

chenta-->
huh #.-S
panjang betul hujah yang diberikan.
1. apa yang aku rase betul (cpn sentap)
2. of course cpn memang chomel giler!!!

yer aku akan pakai high heels utk rayer tahun depan klu razif blh pakai high heels dan berjln di starbuck lim kok wing universiti kenapa aku tk blh!!!
hahaha...


p/s;
*aku di hati mu..???
adakah itu jwpn pertanyaan lagu yang sedang berkumandang???

myQza said...

kadang2 kita rasa ayat tu okey bagi kita. tidak bagi orang.


kalau yg cepats edar. okeylah. boleh minta maaf. jika kita taks edar kita tersalah cakap..

aduhai.. menjeruk hati kawan kita

adykiddo said...

da biasa da terkhilaf. seyesh. but ngan aku kwn bias atak tacing sebab da biasa hanjing orang da hehehhee

zoncapriku said...

khilaf tu berlaku secara spontan n kdg2 niat kita nk bergurau tp risau disalah anggap plak..tahun baru kian menjelma..impian tahun ni belum tercapai lg,aiyaaaa...

Unknown said...

kirim salam dekat cpn...hehe ;)

Tunjuk Bintang said...

berwaspadalah dalam setiap ungkapan yang kita luahkan.. jika selalu khilaf nanti akan jadi habit.. so berhati2lah dalam setiap apa yang datang dalam hidup kita. bersopan dalam berbicara walaupun siapa status kita...

Unknown said...

ptt lar. aku lupe follow blog ko.
sori2.~ huhu.

KizZ said...

wah..panjangnya..bagus entri nie....

Unknown said...

si tedi-->
huhu..betul sokong cik tedi..vote..vote...

Unknown said...

adykiddo-->
hahahaa..tapi klu kekadang wlpun dah kenal
mahu datang mood "giler" dia amik hati gak..
huhuhu...

Unknown said...

zonczpriku-->
hahaha..tu lar kena berusaha keras untuk capai impian tahun nie...

Unknown said...

cik epal-->
huhu...
nanti saya kirim salam pada cik cpn

Unknown said...

tunjuk bintang-->
akan jadi 1 azam tahun baru utk kurangkan khilaf...hehehehe

Unknown said...

mell aziz-->
huhuhu...
tak mengapa...

Unknown said...

kizz-->
panjang sangat kerr..???
sorry lah terpanjang plak..
huhuhu

zixol said...

dah bli baju baru,,
nk pakei dgn suar brown..

heheheh..

wristband jmpe.tp jam tgn xdijumpai..


aku da pokai

Unknown said...

haahha
chantek...
bknkh ko ader jam bertali brown..???

rAy jR...@...Aliff said...

uitsss..khilaf??..errkk..aku byk gk kot khilaf2 ni..hahha..