Monday, February 1, 2010

aPa YaNg MaN CaKaP iTu BETUL

Salam sejahtera...
Sudah melewati 16 hari aku tidak menulis apa-apa di blog ini. Terima kasih juga aku ucapkan untuk setiap kata-kata hikmat serta keprihatinan kalian kepada aku. Walaupun agak mengambil masa untuk kembali "sihat", aku tetap cuba berusaha untuk kembali pulih seperti sediakala.

Pejam celik - pejam celik, kita sudah pun memasuki bulan Februari. Terasa cepat benar masa bergerak sehingga aku tidak sempat menikmati dan menghargai semua momen yang berlaku setiap hari. Kini, aku buka helaian baru dan akan terus mencoret kehidupan aku seorang diri di sini.

Semasa tempoh "mendiamkan diri" aku telah puas berfikir mengenai diri aku dan sehingga kini aku hanya memikirkan diri aku sahaja. Bagi aku sudah sampai masa untuk berhenti berfikir apa yang terbaik untuk mereka yang berada disekeliling aku. Padahal mereka tidak dapat memahami aku setelus mungkin. Mereka juga tidak mampu untuk melihat "hikmah" kenapa aku membuat keputusan-keputusan besar yang merugikan diri sendiri bukan niat hendak mengungkit ataupun membangkit tapi aku manusia yang kekadang berasa kecewa apabila perkara yang aku buat seperti tidak bermakna.

Kalau dulu aku ingin sentiasa kelihatan bersedia dalam segala hal. Aku mesti ada plan dan back-up plan tapi menurut Man tidak semua aspek sudut kehidupan kita memerlukan kita membuat persediaan. Man cakap lagi kalau kita sentiasa bersedia dengan kehidupan apa yang tinggal dalam hidup kita. Dan aku mula sedar hakikat itu TIDAK SEMUA PERKARA PERLUKAN PERSEDIAAN.

JALAN KERAS! IN HARD WAY! Itu yang Man pegang sekarang ini dalam melalui alam kehidupan dan pekerjaan yang menuntut dia untuk melalui semua benda dengan usaha yang keras. Jujurnya aku tidak pernah berusaha keras sepenuh perasaan. Istilah "belajar secara bijak" mungkin tidak popular sekarang ini. Aku masih berfikir untuk terus kekal hidup dalam cara yang "bijak".

Bagi aku cinta itu buta dan bisu tapi bagi Man cinta itu tidak buta tapi kita sendiri yang membutakan mata sendiri untuk melihat cinta itu dengan lebih terang dari kacamata orang lain. Dan, sekarang aku simpulkan cinta itu bukan buta dan bisu tapi juga pendera emosi secara diam. Boleh aku rumuskan begitu?

p/s; nota penting:
*aku kembali berlari mengejar bintang
**gjoul, terima kasih untuk itu :-)
***rakyat malaysia mula kasihan kepada perempuan keturunan siam itu.

xoxo

i lurve you


48 comments:

zetty said...

sy org prtama ke??hihihi...
cinta x penting...teruskan hidup..jgn jadi lemah kerana cinta...(sedang mencari kekuatan sebenarnya)...benda y lalu jdkn pngalaman..skrg mari kita pandang kehadapan...jgn pndang kebawah..cikit2 tue boleh laa..hihihi

e. indah said...

tidak semua perkara perlukan persediaan
sesuatu akan datang pada masanya

tapi tak semestinya duduk dan tunggu

Unknown said...

sy pn nk sokong gak apa yg Man tu ckp... kita yg selalu butakan mata kerana cinta.

Sofi Zainuddin said...

yup... betol cakap Man

z o u l said...

wpun bhsa sasetera yg ko gunakan..
aku tetap memahami isi2 tersirat itu..
harap ko tabah & tdk silap mcorak
aku plak bersastera..
sgt mampo...

CIKGU NAMAN said...

kejarlah bintang sampai dapat..hehe

hans said...

hahahhaa
siap punya kalau ko pandai bahagi masa

eh,sorry kalau lari topik..
aku punya entry tersenarai antara 28 terbaik dekat blog www.denaihati.com

entry aku no 19 dan dia nak pilih 5 entry terbaik dari semua nih

so,aku mengharapkan jasa baik kamu semua untuk vote entry aku...

untuk makluman lebih lanjut sila click entry ini dan undilah entry no 19

suruh dan paksa member2 kamu vote entry no 19 juga tau

thanks

iyllienaz said...

haha..suka ngan pepatah man..mmg cinta tu bermacam2..

i'm shin... i'm inesen said...

yok kejar bintang sesama... ajak ler yg lain2.. kot kot terjatuh ker.. tetinggal ker.. jangan risau.. kalo xde orang nak tolong.. shin ngan inesennya akan tolong dan tunggu.. sampai kita sama sama kejar bintang.. sampai dapat!

selamat menyambut bulan februari

shafarshahril said...

study smart
play hard!

Unknown said...

to: zetty
yup!anda orang pertama
mari terus pandang ke depan tapi jangan terlalu jauh dengan orang dibelakang kita

Unknown said...

to: e.indah
perlu disulam dengan usaha

Unknown said...

to: cahayachenta
yup...harap mereka yang selalu lafaz "cinta itu buta" boleh ler berhenti gunakah frasa ayat tersebut

Unknown said...

to: sofi
memang betul

Unknown said...

to: azizul hasimie osman
hahahaha...sastera ker..?
terima kasih & akan ku ingat pesan mu abang (blh nyanyi "aku adikmu dan engkau abg" lalala)
hahaha...

* ko sangat-sangat MAMPU...kagum gue pada kau

Unknown said...

to: naman
tu lah tengah kejar tak tahu bila la dapat sentuh

Unknown said...

to: hans
huhu
dah undi sila bank-in duit dalam akaun aku
hahaha

Unknown said...

to: iyllienaz
cinta memang macam-macam...kekadang hilang akal untuk memenuhinya

Unknown said...

to: i'm shin...i'm inesen
terima kasih sebaba sudi bantu gue...

Unknown said...

to: shafarshahril
hahaha
study smart ker tak kot...
play always hard...
hahaha

zixol said...

"Padahal mereka tidak dapat memahami aku setelus mungkin."

maaf untuk itu..kerna xbisa memahami kamoo..

Unknown said...

to: azizol
tidak mengapa bukan diri kamu yang diperkatakan
tapi jujur betul apa yang kamu kirimkan

syaf said...

ayo kaw kembali dengan bahase satera melayu jawa yg sangt berbelit....tapi aku relk jerk bace sambil mate2 merah2 dah nie..
hehehe
ok r tuh..betul gak ape kate MAN tuh

zixol said...

syaf.>>ko kenal man ke??

Naz said...

Man mana nie?? man laksa?? gurau jer. hehehe...

Azam Shah said...

be strong k..
nak kejar bintang memng payah ;)

Unknown said...

to: syaf
hahaha...baru melayu jawa kalau aku tilus guna bahasa sanskrit ko mampu ke nak baca...
wakaka

p/s:terima kasih sbb paksa diri membaca

Unknown said...

to: azizol
haha..dia kenal lerr...ko tak kenal ker...??

p/s:aku plak yg reply..hahaha

Unknown said...

to: naz
huhuhu..bkn man laksa yer man kidal...

Unknown said...

to: azam shah
ok dude...
terima kasih...
takecare beb dkt usm tue...

Adam said...

ammaaaa... xpo2... adam disini.. baik berkawan dari bercinta...... ahahaha.. mari mengejar bintang bersama2~~~

zixol said...

kenape aku xkenal man??

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

padan la chat chat dgn aku kat fb.putus cinta rupanya.hahaha.

hans said...

haih
macam2
bawa2 bersabar lah yer

Anonymous said...

"Bagi aku cinta itu buta dan bisu tapi bagi Man cinta itu tidak buta tapi kita sendiri yang membutakan mata sendiri untuk melihat cinta itu dengan lebih terang dari kacamata orang lain. Dan, sekarang aku simpulkan cinta itu bukan buta dan bisu tapi juga pendera emosi secara diam. Boleh aku rumuskan begitu?"

cinta itu indah...percayalah cuma kita mencorakkannya baik atau sebaliknya...insyallah adanya pengetahuan agama,kental ilmu didada dan saling memahami,bertolakansur dan saling mempelajari antara satu sama lain...semuanya kan ok

jgn putus harap....jodoh pertemuan itu sudah ada cuma mungkin belum tiba masanya...

Anonymous said...

chaiyok2!!!

Unknown said...

to: adam
marilah adam kita kejar sama-sama

Unknown said...

to: azizol
betul ker ko tak kenal...??
tak pr ko kenal aku jer sudah cukup..
hahaha

Unknown said...

to: mohd fakhrurazi jamaludin
hahaha..maner ader aku putus cinta hahaha...

Unknown said...

to: hans
sabar separuh dari iman

Unknown said...

to: ai@reel
huhu
naper semua org fokus pada petikan itu..
adui..

Unknown said...

to; ghostone
yup..chaiyok..
go..go..go..diego

hans said...

ko nih bila nak update entry baru?

A h m a d : Tinta Minda Cetek said...

sabar2..jom i holiday shoot shoot

merahitujambu said...

lama x jengah blog ini..tuan blog sihat ke??bz ek..lama x update

Unknown said...

to: hans
dah update...bacalah

Unknown said...

to: ahmad: tinta minda cetek
huhu...holiday..best nyerr
nahu ikut

Unknown said...

to: merahitujambu
huhu..syukur sihat..