Salam sejahtera kepada kalian walau dimana anda berada tetapi yang pasti kamu semua tetap dihati aku.
Hari ini 15 Mac 2010, genap setahun sudah, aku mencari hala tuju hidup namun masih belum aku temui arah dan jalan mana harus aku lalu. Kini aku hanya "berjalan" di jalan yang tidak semak tetapi berliku dan penuh ketidaktentuan dihadapannya. Dan ini, menuntut aku senantiasa berhati-hati dengan setiap gerak kaki, gerak hati dan keputusan yang akan dibuat. Walaupun pernah melepaskan "peluang-peluang besar" dalam masa setahun ini aku tidak pernah menyesal walapun perasan itu kadangkala datang bertamu di ruang lingkup fikiran aku.
Untuk makluman bersama, dalam tempoh 1 tahun ini aku sentiasa menjadi positif mungkin terhadap kehidupan aku. Bangun pagi dengan senyuman dan berkata kepada diri sendiri "semoga hari ini, aku mendapat berita baik". Itulah kata-kata yang memacu setiap pagi aku.
Semasa setahun yang lalu jugalah, aku belajar menjadi sebaik-baik manusia dari hari demi hari tapi kekadang tanpa diduga aku "tergelincir" juga. Namun, itu tidak pernah mematahkan semangat aku. Aku terus berusaha!
Hari ini, aku berfikir dalam tempoh setahun yang telah berlalu, aku masih belum membina empayar, membina rangkaian, membina impian, semuanya bagaikan hanya tinggal angan-angan kosong bagi aku. Dan, hari ini aku meneruskan kelangsungan hidup aku disini. Menghadapi semuanya sendirian. Melalui semuanya berseorangan. Serta melihat orang lain mencipta dan membina dunia idaman mereka dengan sempurna.
Dosakah aku, jika aku ingin terus meminta peluang, kejayaan, dan kebahagiaan daripada tuhan tanpa putus-putus setiap hari.
Tuhan, aku redha dengan seikhlas hatiku dengan segala takdirMU ke atas aku. Aku tawakal sepenuh hatiku kepadaMu, kerna Kau tahu apa yang terbaik kepadaku.
41 comments:
suara...suara itu seakan menusuk hati..
semoga kau aku.. kita semua...
temui bintang itu.
teruskan berjalan sehingga ada upaya untuk berlari.......
baca entry ni menusuk sampai ke hati..serius..=(..terasa sgt...ermmm
tak faham.. sabar taw. dugaan tu kot
kengkonon sedih la tue?wakaka.
kalau ada 1000 org cakap dekat kau,kau takleh buat tapi kalau kau 1 orang percaya yang kau boleh buat...insyaAllah kau boleh buat.yang penting yakin dengan pertolongan Nya.
usaha, doa dan tawakkal..=)
Whatever it is.. teruskan berusaha.. Background music dekat blog kau ni buat post kau hari ni jadi lebih dramatik la..
aku jua belum dapat bertemu dengan apa yang aku cari.
semoga berjaya mencapai bintang yang dikejar
i noe u can do it bro..hehhe..
all the best..
p/s:- aku ingin berlari kemana saja kaki ini hendak pergi..selagi kudrat ku mash belum lelah..Insyallah..ke hutan..ke gunung..
to: azizol
yerr..kerana kita amat-amat perlukan bintang itu.
to: al-mankaraqi
ermm..baik, akan saya terus berjalan walaupun rintangan dihadapan memerlukan pengorbanan yang lebih besar
to: merahitujambu
terima kasih kerana memahami
to: osh!nz d' senor!ta
terima kasih..yer dugaan
to: mohd fakrurazi jamaluddin
elehh..ko tu yang leleh tersentuh hati...hahaha
yer boss saya ingat dan saya boleh lakukan!
p/s:nanti tag ko aku jawab
to: iyllienaz
baik..terima kasih
to: pizlimw
akan aku teruskan
p/s;terassa syahdu ker dengan lagu yang berkumandang..
to: si lampu neon
yeke..?
sama-samalah kita mencari dan berdoa agar dapat dipertemukan dengan apa yang dicari.
to: n@m@n
terima kasih cikgu...
to: aku
yeahh..
i can do it..seperti "just do it"
ayooo...ko sungguh kasihan..
rase nk pelok ko sambil mengusap rambot kaw..
dan ko pelok ku kuat sambil nangis2...so romantik
astagfirullah al azim...
betul gak babe pe ko ckp 2...ku pon kekadang terpikir mende yg same..
huhuhu...
sy tau awk boleh berjaya...
Allah masih nak mnguji awk..sebelum kejayaan itu dtg...
jgn pernah berputus asa...sebab Allah xsuke org y berputus asa...
jd mulakan hari2mu dgn senyuman...
chaIYOK2..hihihi..peace...
to: syaf
huhu...sedih aku weih
haha..sengal..ko fikir aper..???
to: zetty
bersama-sama kita berusaha
maybe ko boleh layan lagu kat blog aku yg 1 lagi tu.. sesuai utk kehidupan yang mencabar... :)
kena selalu bersemangat dan berani...
aku dh soh hang sucikn diri..hang xmo...adehhh..hahahaha
tak perlu pun nak lari laju-laju,nak ligan apa?=) jalan slow and steady ja..baru leh enjoy pemandangan,baru nanti ingat jalan kot2 tersesat/salah jalan kat depan nanti..
p/s : aku tengah cari jalan alternatif..
to: naz
telah aku "layan" lagu itu..fuhh anda memang mempunyai potensi.
p/s:thanks ya!
to: ray jr @ aliff
huhu..aku cuba sucikan diri lar nie tapi tak best ler sorg2 apa kata ko join sekali baru best!!!
to: chenta
tgh merangkak sekarang ini..hahaha
p/S; cari jalan alternatif..??ia selalu ada
mana adanya dosa kalau meminta
rilex bro :)
hahahaha..aku xmo sucikan diri..aku mau terus berdosaaa...smpai bila2...huhuhuhu
to: hans
memanglah tuhan tidak marah tapi tak nampak tamak ker???
to: nuke-rude
peace tgh relax2 nie
to: ray jr @ aliff
hahaha...tk boleh nanti ko tak blh ikut aku...
hahhaha..weyy..lama aku xdgr kabo ang...cepat update weyyy...huhuhuhuhuh...
mak aiii..lama brehattt...huhuhu
dulu aq rajin kesini.. mendengar suara hati manusia bernama lelaki. sekembalinya aq.. lelaki ini masih disini. masih mengejar bintang..
sahabat..
semoga bintang mu sentiasa berkelip....
to: ray jr @ aliff
hahaha...nie aku dah update baca cepat...
to: tunjuk bintang
terima kasih.
aku doakan yang terbaik untuk kita bersama
Post a Comment