Thursday, May 13, 2010

LiLiN atau MaTaHaRi

Salam Sejahtera,  
 
Antara sedar atau tidak 16 Mei akan menjelma lagi.Jika dikenang-kenang kembali waktu bersekolah dulu perayaan hari guru merupakan satu acara wajib yang mesti dianjurkan para pelajar sebagai satu cara untuk menghargai para guru.

Secara jujur aku ingin berkongsi, aku tidak pernah meraikan hari guru dengan penuh penghayatan. Mungkin aku bukan seorang guru tapi seorang pelajar jadi secara logiknya memang aku tidak dapat menyerap semangat "hari guru" itu.
 
Sepanjang berada di sekolah, aku pernah melibatkan diri dalam sambutan hari guru tapi penglibatan aku itu adalah untuk kali pertama dan terakhir. Aku terlibat dalam segmen persembahan dan aku telah memikul tanggungjawab yang besar iaitu sebagai penulis skrip,pengarah dan penerbit untuk teater sebabak sempena hari guru yang bertajuk...(tak ingat)! Dan aku telah menulis cerita cinta tiga segi diantara pelajar dengan guru.

Selepas tamat persembahan akan ada sesi post-mortem segala maklumbalas perlu dikumpul dalam masa 2 hari. Seperti dijangka kawan-kawan memberi reaksi yang positif (Kalau dimasukkan aksi-aksi gaduh sudah suka tahap dewa budak-budak ini). Tapi, pasukan produksi memang kecewa bila golongan guru konservatif disekolah tidak dapat menerima tema yang diangkat. Dan kesalahan diletakkan ke atas bahu aku. Dan golongan guru ini merumuskan aku cuba membawa satu budaya yang tidak baik tapi bagi aku itu adalah cerita dan ianya terjadi dalam realiti kehidupan.
 
Aku menahan telinga ketika para guru ini bercakap mengenai hasil kerja aku. Tapi sebelum itu aku dianggap "punya magis" bila dapat menghasilkan teater sebabak "Masihkah Ada Ruang Untuk Aku" yang mengangkat tema masalah sosial dan diskriminasi masyarakt terhadap bekas penagih dadah. Naskah ini telah memenangi:
 
Teater terbaik
 
Pelakon lelaki terbaik
 
Pengarah seni terbaik
 
Skrip terbaik
 
Penataan bunyi terbaik
 
Penataan cahaya terbaik
 
Naskah ini juga yang berjaya harumkan nama sekolah dan para tenaga produksinya terutama pelakon lelaki. Naskah ini juga telah membawa sebahagian tenaga produksi keliling Malaysia untuk berlakon dalam teater arahan pengarah lain dan pengarah itu bukan aku.
 
Sejak dari itu, aku sedar aku bukan anak emas cikgu, sebab aku bukan dari golongan pelajar gred A. Hendak siapkan kerja sekolah pun malas.Cikgu pandang aku dengan sebelah mata sahaja.

Oleh sebab itu, sambutan hari guru memang tidak dapat aku rasa "kuasanya" itu. Namun, aku ucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mengajar aku dengan penuh dedikasi dan sabar walaupun aku kerap didenda berdiri diluar kelas sebab tidak siapkan kerja sekolah.

Terima kasih cikgu...
 

p/s;nota kakitangan:
*jangan amalkan sistem "anak emas" disekolah
**berikan tumpuan yang lebih kepada pelajar yang lemah
***jangan eksploitasi pelajar-pelajar lemah untuk membuat kerja tukang kebun.
****cikgu jasmani perlulah bersama-sama bersenam bukan bagi bola suruh budak-budak main bola sepak setiap kali waktu pj!





17 comments:

pizli.mw said...

Sadis cerita ni.. Aku harap mentaliti cikgu sekarang dah open sikit..

rAy jR...@...Aliff said...

mak aiii...sumpah berbakat d0wh...cisss...dlm diam2...kakakakaka


o yeahhhhh.....~...slamat ari guru..

cikgu ibarat lampu jalanraya yg setiap mlm menerangi jalanraya..

erkkk....apakah??....kakkaka

iyllienaz said...

terima kasih cikgu..cikgu yg banyak berjasa pada kami..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

cikgu pun manusia juga bukan malaikat.aku pun bkn anak emas cikgu.kita serupa!

una210 said...

haha...
ake pelik..
masa zaman hari guru dulu,,,
ak akan bagi sebuku sabun 1(?) kat cikgu ak..
hahha.,,
knp kn bagi sabun?..
cikgu x mandi kah..tsk tsk

hans said...

hahaaha
cikgu..
banyak cikgu aku yg best2
tapi aku xbagi hadiah pun

Unknown said...

to:pizlimw
yup..aku pun harap macam itu tapi klu blh jgn ler ader cikgu lelaki yg ter-over metroseksual

Unknown said...

to:aliff
fuhh..bakat terpendam hokay..kah2
woitt..klu cikgu lampu jln, tk perlu pergi sekolah diwaktu pagi hak3

Unknown said...

to:iylienaz
selamat hari guru...

Unknown said...

to:una210
hahaha..ko bagi sabun dekat cikgu...huk3..
mungkin cikgu ko berpeluh tak
hahaha

Unknown said...

to:hans
ingat itu lebih bererti...

Unknown said...

to:razi
memang cikgu manusia biasa tapi cikgu itu kan menjalankan sebahagian tugas para nabi
cikgu perlulah kawal emosi dan tingkahlaku

*ko bukan anak emas cikgu ker?ko memang soulmate aku..haahahhaah....

AkU said...

lempang laju2 je cikgu2 tuh..kasik jadi lempeng..

rAy jR...@...Aliff said...

erkk....lmpu jalan kt kL menyala pa waktu pagi...kakakak

Unknown said...

to;aliff
hahaha..sampai pukul 7 jer...
dah abis "zoom malaysia" di sedim ker???

ajid said...

takpa, itu semua kenangan. msti rindu time2 skolah dulu.huhu

cikgu pj suruh budak brsenam dia lepak bilik stor merokok ngan pakcik tukang kebun.x munasabah btul

Unknown said...

to:ajid
rindu giler lar waktu-waktu sekolah dulu.
tahu tak per lepak dalam setor hisab rokok sembang pungpang-pungpang