Thursday, July 22, 2010

mengungkap ENTAH.


Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 9.00 malam. Aku bergegas turun ke ke bawah untuk beli secawan coklat panas sebagai santapan sebelum tidur. 
Di saat membuka pintu, satu jasad yang kaku telah tersedia berada di muka pintu. 

"Hai.., how are you?"; sapa K-rul.
"Hai.., i'm fine. How about you?".
"Yeah...i'm fine".

Tetiba suasana menjadi sepi dan sepi.

"Kamu mahu ke mana?" bicara K-rul bagi memecah kebuntuan.
"Hendak pergi kafe depan sana kejap".
"Nak beli hotchoc?"
"Ya..,saya mahu beli secawan coklat panas".
"Ambik nie, 2 cawan coklat panas dari kafe kegemaran kamu".
"Hah..?2..?Thank you, sambung aku lagi."
"Boleh kita lepak-lepak dekat tasik sekejap?"
"Sure, why not."
"Berjalan kaki atau menaiki kereta."
"Terserah kamu." balas aku.

Aku dan K-rul menaiki kereta menuju ke tasik yang hampir dengan apartment aku.

"So macam mana study?ok?"
"Sehingga hari ini masih ok."
"Emmm...kenapa kita jadi jauh?"
"Entah"
"Kenapa kita jarang berhubung walaupun teknologi semakin canggih?"
"Entah"
"Kenapa sekarang susah hendak kita luangkan masa bersama?"
"Entah"
"Kenapa kita jadi begini?"
"Entah"
"Adakah kita akan berterusan sebegini sampai bila-bila?'
"Entah"

Atmosfera di tasik yang sejuk dan dingin terus mengigit tulang, keadaan terus menyepi disertai cahaya bulan yang dipinjam dari matahari serta kerdipan bintang yang menghiasi langit malam.
2 cawan coklat panas yang masih hangat walaupun cuaca dingin masih belum diusik aku.

"K-rul,"
"Yups."
"Boleh kita bergerak pulang?"
"Boleh, lagipun mata pun dah mengantuk ni."
"Shall we."
"Let's jom"

Setelah memandu lebih kurang 20 minit, kereta K-rul berhenti betul-betul di depan apartment aku.

"Terima kasih sebab sudi lepak dengan aku"
"Sama-sama. Lagipun apalah sangat, benda kacil je"
"Tak nak coklat panas?"tanya K-rul sambil menghulurkan secawan coklat panas.
"Oh...thank you untuk hotchoc ni."
"Sama-sama"
"Pandu dengan berhati-hati.Good night"
"Good night."

Maafkan aku K-rul, aku tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan reaksi aku sebab kita sudah lama tidak berhubung. Banyak yang ingin aku tanyakan tapi entah...sukar jelaskan perasaan dengan kata-kata.

 "entah bila kita boleh kembali seperti dulu"



nota kaki bertulis:
"entah" merujuk kepada kepada kata yang membawa makna tidak tahu atau tidak pasti. apabila kita membina satu perhubungan janganlah biarkan perhubungan itu sepi dalam tempoh yang lama kerana ia akan menimbulkan ralat kepada perhubungan itu di lain hari.

p/s;
*apa perasaan k-rul bila soalan dia aku jawab dengan "entah"
**apa perasaan aku bila menjawab semua soalan k-rul dengan "entah"



16 comments:

pizli.mw said...

Betul, kalau dah lama tinggal especially persahabatan, benda dah takkan sama walaupun dulu baik gila.. Aku hope komen aku ni relevant dgn entry ni haha..

syaf said...

korang kapel kew??? gagagaga

syaf said...

entah lah..x taw nk komen ape

syaf said...

ok aku serius nih, 2 r, bile dah juah2 tu yg but rengang, mesti die kecewe, ko pon mesti kecewe, aku plak appy... kasihan kalian,... semoge jernihkan balik yer kalu boley..kalu x ko cri kawan baru jerk

myQza said...

aku jumpa kawan baik masa study dulu pun, jawab 'ooo' ye ke? ok!
bye
ehMmmm

zixol said...

entah~

Anonymous said...

memori2 indah biarlah ia berlalu sebagai satu kenangan indah...

oshinz said...

entah tu macam tak tau ape-ape. macam cakap dengan orang takde perasaan. hehe. am i right?

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

kenapa aku rse kau dgn member kau macam gay?hahahaha.eh tapi serius aku xkan buat begitu dgn member aku.hahaha.sori~

Unknown said...

to: pizlimw
yer betul..hilang dan muncul secara tiba-tiba...memang gembira tapi kekok..aku lah org lain aku tk tahu

Unknown said...

to: syaf
gagaga...entah
cehh sengal ler ko...
hahaha..kite kwn 2 cukup lerrr

Unknown said...

to: si tedi
sob2..
sangat kecewa kan...

Unknown said...

to: azizol
entah..dan entah

Unknown said...

to: suara-sepi
baiklah biarkan ia pergi tapi diri sendiri masih teperangkap dalam memori
mcmner tue...

Unknown said...

to: oshinz d senorita
yer..tak der perasaan...sangat teruk kn..

Unknown said...

to: razi
hahaha..aku ker ko yang gay...
lalala
ko kn skandal dgn teett masa kat hostel dulu
ehh..
sebaba ko baik dan slumber+cool=iron man
(aku tipu je sbb nak kawan dgn adik ko)