Salam Ramadhan..,
Bagaimana dengan permulaan puasa anda pada tahun ini? Bagi aku di sini, permulaan tahun ini bermula dengan dayagerak yang sedikit perlahan tapi InsyaAllah, momentumnya akan bergerak pantas setelah seminggu berpuasa nanti. Berbekalkan sahur yang begitu ringkas iaitu susu kacang soya + krim kraker + sebutir ubat sudah cukup untuk aku teruskan aktiviti harian.
Seperti yang diperkatakan oleh aku pada entry yang lepas, entry kali ini aku ingin berkongsi tentang belanjawan ramadhan.Aku hanya sediakan secara ringkas sahaja sebab jika ingin dihurai kalian kena jadikan aku peracang kewangan anda :-p
Langkah 1:
Kenal pasti perbelanjaan anda itu KEMAHUAN atau KEPERLUAN. Pada yang sama anda haruskan sediakan PERTAHANAN iaitu kawal nafsu kita.
Langkah 2:
KAWAL pembelian kuih di bazar ramadhan dari 3 jenis kepada 1 jenis. Jika anda tinggal bersama keluarga mahupun rakan, anda boleh menjalankan pakatan strategik bersama mereka iaitu dimana setiap seorang membeli sejenis kuih.
Langkah 3:
Anda SEDIAKAN juadah berbuka sendiri dihujung minggu. Buatlah kuih-muih yang ringkas seperti buah melaka,jemput-jemput, mahupun pembuka selera seperti agar-agar yang mudah dan memerlukan bahan yang sedikit.
Langkah 4:
Pastikan, kita makan sesuatu yang BERAT ketika sahur (Berat dan berkhasiat).
Ok, itu sahaja rahsia yang aku amalkan dari ibubapa aku semasa tinggal di rumah lagi, dan aku teruskan sehingga masuk kolej dan universiti. Selamat mencuba. anda juga boleh modifikasi kaedah ini supaya ia bersesuaian dengan suasana kalian.
Nota penting:
Walaupun kita tidak membelajar ilmu pengurusan kewangan secara formal ataupun mendalam tetapi kawal cara perbelanjaan anda, kerana wang itu boleh menjadi beban pada masa yang sama.
P/s penting;
*ogos oh ogos..,semakin rungsing aku dibuatmu
**ouwhhh..,semakin hari semakin dekat
***Merdeka di bulan ogos lagi, baru sedar
****selamat menjalani ibadah puasa
30 comments:
Aku rasa sekarang orang macam sedar pasal taknak berbelanja berlebihan masa bulan puasa.. Kawan2 aku la especially..
oh sahur kena amik makanan berat rupenye. emm patutla sekarang da terasa lapar pula. ehehehe. takpe takpe. bertahan!!
huhuu..aku makan meggi jer..adeh
bulan pose lg byk duit kuar kan.. ayooo..
Genial fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Say thank you you for your information.
sahur makan maggie 2bungkus...
buka makan kuih n air bungkus..
ok what?
selamat berpuasa ;)
Salam perkenalan...
Baguslah,memang sepatutnya bulan Ramadan ini kita berjimat.
to: pizlimw
betul tu..ramai orang ambil langkah berjimat cermat..
to: oshinz d' senorita
bertahaaannnnnn...
semoge kekal cergas
to: afir
huk2 makan maggi? perghh seumur hidup boleh kira berapa kali jer makan maggi...
tapi jgn mkn selalu maggi tue
to: hamzah ian
huhu..betul-betul bagi sebilangan kita rasakan bulan puasa lah paling byk belanja namun kuasa di tangan kita.
to: w hidney
cara hencik tak berkesan...cara paling berkesan buang kunci kereta..hahaha pasti berkesan utk jimat ;-p
hahahaha
to: anonymous
` :)..ngeee..welcome..
to: tunjuk bintang
berbuka makan kuih itu patut..
sahur makan maggi nie kurang sihat ...
to: naman
cikgu selamat berpuasa
anak-anak murid cikgu puasa tak...
to: rempah ratus
selamat berkenalan...
bagus...aku air buat sendirik, beli kuih, pas2 makan kfc free yang aku aku bagik...ade lah dalam 22 ketul untuk makan seminggu sowang...so saving...nasib baik akak aku kije kfc...ngee
apa yg penting, ukur baju di badan sendiri.
to: syaf
waahhhhhhh..tetiba rindukan kfc...
to: miezi
itu sangat betul..belanjawan sebagai salah 1 alat utk ingtkn kemampuan kita..
salam ramadhan aiz...time ksh info anda
ops...salah komen...maaf...salam ramadhan tengku..uhuk..maaf...
time ksh info belanjawan ek...=)
hehe bagus top kamu beri beb...
aku pon mase skola duk uni kalo pi bazar tuh memang pesang kat membe2 suh beli kuih lain2 jenis tok kongsi sama2... kalo skang duk kat kampung aku x payah kot buat kuih asip dapat je dari jirang tetangga dari kampung nie hehehe
salam kunjungan dan salam ramadhan
dunker-season.blogspot.com
jom berjimat~~~
gua datang lg.. har har har
to: merah itu jambu
sama-sama..kita kongsi-kongsikan apa yang kita ada bersama
to: daniel
huhu ia efektif kan..
to: adam
mari berjimat
simpan duit untuk beli kereta baru yer adam
to: hamzah ian
hahaha..aku ada pantun utk ko
hari ini masak kari
hari ini ko datang lagi
hari ini mandi air perigi
hari ini aku baru nk update entri
hahaa..amacam..
Post a Comment