Friday, November 11, 2011

Diam dan Senyum juga sebahagian daripada Bicara.

Aloha...
Hari ini 11-11-11, aku tidak tahu apa yang istimewa dengan tarikh ini :). Bila aku daftar masuk ke laman sosial ramai yang berharap 11-11-11 yang jatuh pada hari Jumaat (iaitu hari ini) menjadi hari terbaik buat mereka dan mereka yang ada disekeliling mereka. Dan ada pula mereka yang "kuat agama" keluarkan fatwa bahawa 11-11-11 ada berkaitan dengan Yahudi dan Syaitan. Kebenarannya, aku tidak tahu. 

Kita tinggalkan kisah 11-11-11 dan mitosnya. Sebab aku mahu berkongsi tentang perbuatan "diam". Diam ini membawa beberapa erti mengikut situasi dan tafsiran orang. Tapi aku selalu digalakkan untuk senyum dan diam ketika situasi ini berikut;

1. ketika dipuji

2. ketika dimarahi

3. ketika ditanya soalan sensitif

4.ketika sedang marah

5.ketika berhadapan situasi yang tertekan.


p/s:
* sedang gilakan lagu You're Cute! Rasa comel gila "babeng"

2 comments:

oshinz said...

sape nyanyi lagu tu? mcm tak pernah dengar je tajuknye.

Unknown said...

Nice entry. :)