Salam sejahtera..,
Sudah lama tidak berkongsi sesuatu yang bersifat agak peribadi disini. Bulan ini merupakan bulan ke-6 saya bersama keluarga besar yang merupakan salah satu pemain utama dalam bidang transportasi negara. (Kiraan sebenar genap 6 bulan adalah pada 2 minggu akan datang, tetapi memandangkan ketika itu saya perlu menghadiri tayangan perdana filem pendek yang diusahakan Amir Muhammad jadi saya putuskan untuk berkongsi lebih awal).
2 bulan pertama
Masih segar dalam ingatan, ketika saya baru menyertai keluarga besar ini saya berasa sangat teruja kerana saya dikehendaki membantu menzahirkan impian keluarga besar ini. Sepanjang 2 bulan pertama saya berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, organisasi, masyarakat serta sistemnya. Namun sehingga kini saya masih berusaha menyesuaikan diri dengan semua ahli keluarga besar ini.
2 bulan kedua
Pada 2 bulan berikutnya saya mula memberontak dengan ketua saya secara halus. Ada beberapa perkara yang membuatkan saya dan ketua tidak sehaluan. Pernah 1 ketika saya pernah tidak bertegur dengan ketua saya kerana isu kerja yang dgaulkan dengan isu peribadi. Tapi saya berpegang pada prinsip "Biar mereka yang marah terus berkata,maka kebodohan mereka akan tersingkap selepas itu". Kini hubungan saya dan ketua "suam-suam" sahaja, Dan saya selesa dengan keadaan ini.
2 bulan terakhir
Kini masuk 2 bulan terakhir dan saya mula belajar perkara-perkara yang mencabar seperti proses membaca data yang perlu diterjemahkan dalam bentuk ayat. Saya perlu bekerja di kawasan lapangan dan kemudian pulang ke pejabat selepas jam 6 petang. Saya perlu memasuki "lab" bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Saya juga belajar mengurus maklumat yang mana ia sangat mencabar. Itu belum lagi tuntutan ketua yang mahukan saya menghadirkan mesyuarat jawatankuasa tetap yang diadakan setiap 2 minggu. Dan mesyuarat terbesar bersama syarikat barangan elektrik dari Korea Selatan diikuti dengan pembentangan idea perniagaan dari syarikat bertaraf antarabangsa yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan mendengar idea-idea produk kewangan korporat dan komersil dari pemain industri perbankkan antarabangsa yang mana jika saya sebut ia pasti menimbulkan ketidakpercayaan mereka yang membaca entri ini.
Saya tidak tahu sama ada saya akan terus bersama keluarga besar ini lagi selepas tamat tempoh 6 bulan ini. Saya redha dengan segala ketentuaan yang ditentukan oleh Allah. Jika saya dipilih untuk menyertai keluarga baru yang sedang mengusahakan impian rakyat Malaysia saya bersyukur kerana disitu saya akan bertemu seorang "Guru" dalam industri ini. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan mukabuku biru dan burung biru diatas sokongan dan doa yang diberi.
7 comments:
chill and enjoy working ya! :D
alah bisa tegal biasa. jika panjang jodohnya, pasti lama kat syarikat tu :)
seram nak kene keje...huhuhu...
Insyallah, ade rezki..
reply to nuke: terima kasih! jumpa lagi 2 minggu!
reply to faizalsulaiman: mana tahu? ahli nujum ke?
reply to afir: tak nak kerja datang duduk dgn saya
Post a Comment